Selamat Bercuti

Sejarah sekolah

Sekolah Melayu Lunas Estate(SMLE) ditubuhkan pada tahun 1950 oleh Pengurus Lunas Estate. Mula beroperasi pada 15 Oktober 1950 dengan guru besar pertama ialah En Ismail bin Had dari Sekolah Melayu Teloi. Beliau menjadi tenaga pengajar pertama mendidik 48 org murid yang kebanyakannya dari Sekolah Melayu Lunas Darjah 1.

Antara tahun 1952 hingga 1956 beberapa orang guru telah ditugaskan di SMLE.antaranya ialah Cikgu Tom bt Idrus(1954),Cikgu Zari bin Lazim,Cikgu Mohammad bin Yon(1955),Cikgu Nordin bin Awang (1956),Cikgu Mustaffa bin Abdul Hamid yg kemudiannya dilantik sebagai Guru Besar pada 22 April 1957. Pada tahun 1957 dalam Gerakan Lampu Suluh(Operation Torch), SMLE telah berjaya menambahkan bilangan pelajar kepada 101 orang termasuk 2 pelajar Tamil, seorang Cina dan seorang Siam.Bilangan kelas bertambah kepada 5 kelas dengan 3 tenaga pengajar.

Pada tahun 1957 SMLE ditukarkan kepada nama Sekolah Umum Lunas Estate(SULE) dan pada tahun 1960 ditukarkan kepada nama Sekolah Kebangsaan Lunas Estate(SKLE). Pada 24 Disember 1976 hingga 1981 projek pembinaan sekolah baru diluluskan dan pada 17 Mei 1981 sekolah baru telah siap sepenuhnya dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Ladang Lunas(SKLL).

Pada tahun 1992 kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) diwujudkan dan Cikgu Azizah bt Mohd Saad sebagai penyelaras pertama. Pada tahun 1998 SKLL sekali lagi bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya(SKLJ) dan dinaikkan taraf ke sekolah Gred A. Pada November 1998 beberapa bangunan telah dibina untuk memenuhi keperluan pelajar seperti Bangunan kelas 3 tingkat.

Pada tahun 2008 kelas Pra sekolah dan Kelas Pra Integrasi di tubuhkan dan dan dilabelkan Sekolah Integrasi Kelas Khas Pembelajaran (BP).Maklumat terkini sekolah pada tahun 2011 ialah :




Tahun 6 USM 2009

Tahun 6 USM 2009
Guru Kelas: Pn Rozita binti Johari

Tahun 6 UKM 2009

Tahun 6 UKM 2009
Guru Kelas: Pn Khairiza binti Khalidin

Tahun 6 UPM 2009

Tahun 6 UPM 2009
Guru Kelas: Pn Siti Zanuriah binti Ahmad

Tahun 6 UUM 2009

Tahun 6 UUM 2009
Guru Kelas: Pn Ruhani binti Ahmad

Kelas PKBP SKLJ 2009

Kelas PKBP SKLJ 2009
Penolong Kanan PKBP: Pn Noraishah binti Saad

Calon 5A UPSR 2009

Calon 5A UPSR 2009
Tahniah.
 

©2009 SK LUNAS JAYA | by TNB